Thursday, October 8, 2009

Kelantan Sedia Haramkan Purdah - MB

Kerajaan Kelantan sedia mengharamkan pemakaian purdah di negeri ini, jika didapati boleh menjadi ancaman terhadap keselamatan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambil bersetuju dengan Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi yang merancang melarang pelajar wanita memakai purdah dari memasuki institusi pendidikan itu, Nik Abdul Aziz berkata, pemakaian purdah kini sering disalah guna pihak tertentu untuk mengancam keselamatan.

"Saya sudah sebut lama, Islam hanya minta perempuan tutup aurat, bagi saya tak pernah disebut tutup muka, menutup aurat itu macam pakaian ketika nak sembahyang iaitu pakai telekung.

"Saya tak kata haram tutup muka (pemakaian purdah), tetapi dalam keadaan sekarang ini sabotaj banyak, orang lelaki pakai purdah hingga polis tak kenal dia lelaki atau perempuan di negeri yang banyak letupan bom.

"Kalau kena Kelantan pun saya kata haram pakai purdah, tak tahu lelaki ke perempuan," katanya semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar yang menyebut, Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi, merancang mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Laporan itu menyebut, seorang pegawai keselamatan berkata, polis menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung dari memasuki institusi di bawah al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman itu adalah atas sebab keselamatan. Kebanyakan ulama berpendapat, purdah tidak wajib tetapi hanya adat resam diamalkan masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersetuju dengan cadangan Mohammed Sayyed kerana kebelakangan ini banyak cubaan pihak tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu perkara dengan berselindung di sebalik pemakaian purdah.

"Saya setuju (dengan Mohammed Sayyed) kerana keselamatan, terserahlah kepada pemakai itu pula, yang Islam nak tutup aurat, iaitu bagi perempuan muka dan tangan boleh buka," katanya.

Mengulas mengenai kes jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat di Kelantan, beliau berkata, ia antara lain disebabkan kesan negatif televisyen yang tidak menerapkan nilai murni dalam rancangan yang disiarkan selain lambakan cakera padat video (VCD) lucah.

"Kita bagi ajaran agama, jenayah ini golongan muda, merompak sana-sini, sembahyang pun tidak puak-puak ini, air muka keruh tak kena air sembahyang, puak inilah yang menyusahkan polis dan orang kampung.

"Televisyen asyik siar cerita hantu, samun... televi-syen ini bukan kerja kerajaan negeri, sebaliknya kerja (usaha) Kerajaan Pusat, kesungguhan untuk jalankan kerja kerohanian dan nilai murni tak ada. VCD lucah ini, merata kampung... dukacita sungguhlah," katanya.

source : http://www.malaysia-instinct.com

Saturday, September 19, 2009

Perutusan AidilFitri LOT1066


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Pertamanya marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga kita dapat mengisinya dengan agenda-agenda yang membawa kepada ketaqwaan yang sejati. Hari ini merupakan hari terakhir kita berada dalam bulan Ramadhan, dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai satu tanda kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah SWT.

Apabila menyambut Hari Raya sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT, maka hendaklah kita menyambutnya dalam suasana yang terikat dengan syariat Allah SWT. Allah memerintahkan pada Hari Raya ini untuk ‘litukabbirallah’ (membesarkan Allah) di atas segala hidayah dan nikmatnya. Maka janganlah Hari Raya menjadi medan untuk kita kembali kufur kepada Allah SWT dengan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Janganlah ada pada Hari Raya perbuatan sumbang seperti pembaziran, menyimpan dendam, hasad dengki dan sebagainya. Sebaliknya, kekalkanlah ketaatan kita sepanjang Ramadhan itu untuk terus mekar sepanjang Hari Raya dan juga hari-hari berikutnya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan andai pernah tersilap kata,terguris luka.Semoga lebaran ini, membawa keinsafan diri, sejarah yang agar tidak berulang untuk selamanya. Salam AidilFitri.


Sehari Sebelum Raya @ Lot1066


Tuesday, September 15, 2009

Tak Lama Dah

Fuhhh...
Finally dpt gak wat posting baru..[huhu]
Ari ni tamat la sudah final exam aku..
Setelah hampir 2 minggu memerah otak...
Akhirnya...
Tamat juga...

Dah x sabar nak kelik ni..
x sabar nak makan butir nako..
x sabar nak makan netbak siro..
x sabar nok make colek buah..

Tp x per..
Sabar dulu..ada dua tiga hari je lagi..
Pastu da ada kat rumah dah..
Yessssss....

Orang2 kampong sekelian..
Tunggula kepulangan ku..
wakakaka~~

Saturday, August 29, 2009

Tanpa Tajuk

Dengan Nama Allah..

mood : ngah dengar lagu raya[waaaa...nak balik]

Salam..lama da rasenya tak update benda alah ni...[x tahu nak tulis ape sbnrnya]
Pejam celik-pejam celik, da masuk seminggu dah umat Islam berpuasa..
Pantas sungguh mase berlalu...
Dah hampir 7 tahun aku berpuasa di tempat org ni..
ekekeke~

2hb ni bermula lah peperangan sebenar aku dan kawan2..
nak exam dah...[x ready lg ni]
memang agak teruja gak la exam lam bulan puase ni...
jadual exam pon agak boleh tahan seriusnya...
kwn2..bile nak wat stady group ni..[come on la kwn2]
ekekeke~

Good Luck kwn2..
chayok2...
tapi kena ingt kwn..
luck happen when preparation meet opportunity[wah..ckp london maa]

Doakanlah Kejayaan Kami

Friday, August 21, 2009

Kepalsuan hadis kelebihan Tarawih


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:


  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).


  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.


  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.


  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.


  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.


  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh



Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

  1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.


  2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.


  3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.


  4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.



Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:

DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali


Hari ni negara kita dan industri seni negara
dikejutkan dengan berita menyedihkan...
Perginya pejuang irama nasyid kontemperori...
Ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani..
Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang merakamkan
sebuah rancangan di Angkasapuri..

Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Tuesday, August 4, 2009

Kisah H1N1


H1N1...
Ape kena mengena H1N1 dengan aku...
Bahaya sangat ke H1N1 ni.....?

Hmmmm....
Ye...memang bahaya...
Disebabkan H1N1 la Kolej aku bercuti
mulai hari ini
sampai 10/8/2009....

Tapi...H1N1 ni pon penyelamat gak bagi aku...
sepatutnya, ptg esok..malam esok..dan pagi lusa...
aku ade mid-term exam...
Tapi sebab si H1N1 ni exam aku batal...
hahahaha...
(lega ke tak?)

Bila Jabatan Kesihatan datang buat check kat Kolej ni...
700 pelajar disahkan demam...
tidak termasuk aku...
hehehehe....

Maka bergembira la pelajar2 Kolej...
Dan ade juga yang kurang gembira...
aku?
Balik ke tak balik ek?
Bagi cadangan sikit....
TQ

Tuesday, July 28, 2009

Program Mesra OBM

Dengan Nama Allah.....




Pendaftaran peserta.


Dah x sabar nak mula ni...

LDK 1...

Ape name game ni ek?

Seronok tol diaorang ni...

Tuan Pengarah ngah berucap ni...diam2...

Persembahan dari setiap kumpulan...

AJK yang terlibat...

Kelas Kami....

p/s : hari yang memenatkan tp best..

Thursday, July 23, 2009

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka.

Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut:

Nik Fathi Bin Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti.

Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa.

Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana setakat yang saya tahu adalah Raja Kiah binti Raja Sulong. Begitu juga sebelah Tok Ayah (ayah Nik Syamsiah) kerana setakat yang saya tahu adalah Ismail bin Che Awang.

Kalau dilihat kepada nama-nama tersebut; saya percaya ianya tercatat dalam lipatan sejarah Kelantan khususnya pada awal abad ke 17 dan 18 masihi. Betapa tidak Raja Sakti yang saya tuliskan di atas dikenali juga dengan nama Raja Jembal 1 yang memerintah dari tahun 1638 – 1649 berpusat di Kota Jembal.

Raja Omar; anakanda baginda adalah Sultan Omar (juga dikenali sebagai Raja Jembal 5) yang memerintah berpusat di Kota Jembal dari tahun 1675-1721. Baginda adalah bapa saudara kepada Puteri Saadong yang terkenal itu.

Tokoh-tokoh lain adalah Raja Kechil Sulong (Raja Jembal 6) memerintah dari tahun 1721 – 1725 berpusat di Kota Teras.. Long Bahar (Raja Jembal 7) abang (adik?) iparnya yang melahirkan susur galur Long Yunus iaitu keluarga kesultanan yang memerintah Kelantan sekarang.

Masih banyak lagi yang boleh saya ceritakan berkenaan dengan susur galur keturunan di atas. Mungkin di lain kesempatan boleh saya ceritakan dengan lebih lanjut lagi. Cuma satu perkara yang saya ingin nyatakan secara terus terang iaitu saya, semua nama-nama tersebut berdarah merah, meninggal dunia dan bersatu dengan tanah.

Sama macam kita semua.

Credit to : Al-Khazaain



Wednesday, July 15, 2009

Berniqab @ Menundukkan Pandangan?

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Diatas, adalah sedikit sebanyak menyentuh perihal bertudung dan berfesyen, dan disudut ini pula ingin saya bangkitkan satu lagi perihal bertudung wanita, seringkali saya terfikir, adakah berniqab itu dapat menjaga perihal maruah wanita??? Atau berniqab dapat menjaga diri wanita dari melakukan sesuatu perkara yg tidak menyenangkan??? Dan juga sekaligus dapat menangkis dari fitnah-fitnah???

Dalam hal ni, jauh sama sekali saya menjatuhkan martabah seorang wanita yang berniqab, malah saya ingin mengingatkan akan peri pentingnya seorang wanita menjaga hak-haknya sebagai seorang wanita… ya… dan sebetulnya cuba kita lihat di Negara arab, berapa ramai wanita menutup mukanya dengan berniqab, ada yang memakai tudung sehingga ke paras lutut, menutup kesemua anggota badan sehinggakan tidak menampakkan sedikit kulit pun, tidak lupa juga di Malaysia atau dimana sekali pun, ada sahaja yang menutup muka nya dengan berniqab…

Disini, saya ikhlas memberi komen, terutamanya pelajar2 yang berada KUIS, yang amat menunjukkan perihal yang kurang menyenangkan dengan perwatakan dan sebagainya, disini saya ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram :

1. berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.

2. berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.

3. berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.

4. berniqab kerana ingin berfesyen.

5. berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas-batas seorang wanita, cth : berbual semene dengan lelaki, melompat kesana kemari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.

6. berniqab tapi pakaian menjolok mata.

7. berniqab dan menjaga hak-hak kewanitaan dan menjauhi dari fitnah ( ini yg kita cari ).

Bagi saya, dan kami… baiklah mana2 wanita yang mempunyai perwatakan 1-6 itu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana ada golongan ketujuh terasa dan turut mendapat fitnah-fitnah yang tidak harus melekat kepadanya, setidaknya anda berubah dan berubah demi menjaga hak masing-masing…kenapa tajuk ini dipilih, Berniqab @ Menundukkan Pandangan? Ini kerana rasa hairan dan terfikirnya saya sebagai seorang mukmin, yang peka akan persekitaran, sekali saya melangkah ke university setibanya disana, saya terserempak dengan beberapa orang akhawat yg berniqab dan ada juga yang tidak berniqab, malah bagi saya, saya lebih respect akan yg tidak berniqab, kerana dapat menundukkan pandangannya dari melihat mana-mana lelaki yang terserempak dengannya, malah yg amat menghairankan saya, ada dikalangan yang berniqab ini, matanya hanya Allah sahaja yang tahu melilau entah kemana…. ( cerita ini hanya utk peringatan kepada golongan 1-6 tersebut ) semoga Allah merahmati kita semua… Aminn…

( Maaf kepada yang tersinggung, dan bukan ingin menjatuhkan mana-mana pihak ).

Tuesday, July 14, 2009

Menang Juga

Alhamdulillah...
Setelah menunggu dengan penuh debar...
Kemenangan milik pejuang Islam...
Allahu Akbar...

p/s: aku juga sebahagian dari sejarah PRK MU..hehe

Wednesday, June 24, 2009

Islam, Generasi Muda dan Perubahan

Malam tadi(23/6/2009), satu wacana ilmu yang bertajuk seperti kat atas tu telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuis(PKK). Seorang tokoh yang dihormati, disegani, dan pernah dibelasahi(mase dlm ISA)telah menyampaikan ucapannya. Beliau ialah Ketua Pembangkang yg juga merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, siapa lagi kalau bukan Dat0' Seri Anwar Ibrahim.

Lebih kurang 3000 pelajar memenuhi segenap ruang PKK, yang mana jarang2 sekali berlaku. Dalam ucapannya beliau merasa bangga kerana KUIS merupakan institusi yang pertama menjemput beliau untuk berceramah. Dalam ucapannya juga, beliau banyak menekankan kepada generasi muda bahawa meraka inilah uang diperlukan untuk meneroka ke alam yang baru.

Generasi muda juga harus menyelamatkan diri mereka sendiri dengan cara membebaskan kezaliman2 yang ada dalam diri. Banyak gak la yang beliau cakap malam tadi. Tapi yang paling ditunggu2 bila beliau masuk bab politik Malaysia. Beliau seolah2 faham apa yang ditunggu oleh pelajar2..hihihi.Maka bergemela laungan REFORMASI!!!

tapi yang paling best ialah aku dapat bergambar ngan dia, berebut-rebut beb.



Tuesday, June 23, 2009

Cinta Seorang Pemuda

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya.Cantik betul.Sungguh!Sampai saya takut nak pegang.Bukan takut jari-jemarinya patah tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling Bantu-membantu di satu hari yang amat dashyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya.cantik betul……..sungguh!Sebab itu saya belikan dia tudung.Bukan sebab cemburu orang lain tengok,bukan!Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan………itu sampai bila-bila…….takut nanti dibakar dek api neraka,disuatu hari yang amat dashyat di hadapan Yang Maha Pencipta.

Saya suka sangat tengok ‘body’ teman wanita saya…..solid betul.sungguh!sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama,dia jaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.Saya pun tumpang dapat pahala….syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya.Saya pun macam itu juga.Si dia Tanya,”apa ubatnya,bang?”.Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa…..Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam:”makan,minum,jaga diri,pandu kereta elok-elok……nanti awak sakit saya juga yang susah hati……bla..bla…bla…” tapi bila tengok wayang sama-sama,terlepas Asar dan Maghrib begitu saja,dia tak kata satu apa pun.Aduuuh……berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia.saya mahu jumpa dia,bersama dia,cinta secinta-cintanya.cinta yang abadi didunia dan berkasih saying diakhira,ber’dating’ di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati,insaf-menginsafi.Ya Allah,ampunkanlah dosa kami......semoga kami dapat kekal selama-lamanya disyurga nanti.


p/s:sekadar beringat-ingat:)

Monday, June 15, 2009

Selesai Sudah.

fuhhh...
Alhamdulillah...tepat jam sebelas malam..
selesai sudah program Hari Keluarga Ikatan...
dari pagi membawa ke mlm..
kitaorg bertungkus lumus bg menjayakan program ni...
aku nak ucap time kasih kat semua ajk2 yg terlibat..

ni yg best..
aku n the geng menjuarai pertandingan futsal..
juara beb..
hahaha.....
pada mlmnye de program pengenalan Ikatan...
ramai yg datang..
Aku lak selaku Pengerusi persatuan kena la berucap..
bab ni mmg x best...
mula2 tu berdebar gak la..
tp bile dah pegang mic..huh...
nak kena improve lg speech ni...

ermmm...
mata p0n dah ngantuk...
letih,....
penat...
x cekak...
n0k tid0 dulu...
program settle d0h...
kene concentre blaja lak...
huhu...
daaaaa....

Monday, June 8, 2009

Mari bermain 'HTML'

fuhhh...
ari ni aku dah belajar satu ilmu baru..
ilmu yg diajar oleh cik Hafiz...
lecturer Web Programming...
ilmu ni diberi nama...
how to create a web page using html....
ye kot...

punye la pening mula2 tu..
tp lama2 dah boleh dah..
boleh la create basic page...
yg duk pening skarang ni camane nak masukkan gambar...
puas mencari dan mencuba...
tp x dapaaaattt.....

sape2 yg reti tolong ajar yer..
thanks...
daaaaa.....

Monday, May 25, 2009

Pagi Yang Cerah

Dengan Nama Allah

hachumm...
yeah...aku dtg lagi utk posting yg seterusnya...
sambil2 dengar lagu i'm yours...
ekekeke~

hari ni aku akan start klas tuk sem 2..
harapan tuk sem ni?
hmmm...
success..success...
hahaha...

sem ni bz sket...
byk bnda nak kena wat..
start sem ni aku kena ambik alih jawatan
pengerusi IKATAN...
minggu lepas dah stat mesyuarat...
2 minggu lagi kena wat program...
menetes air mata...

subjek2 sem ni leh tahan gak susahnye...
mengerikan...
tp x pe...
her0 kena rilek...
hahaha~

ermmm...
jumpa lagi lain hari dan waktu..
daaa...

Monday, May 11, 2009

Rumusan Terakhir

hurmm...
Ade 2 3 hari lagi utk aku duk kat rumah...
pastu nak pegi dah...
tapi,sambil2 duk tggu nak pegi tu...
aku sempat lagi pegi k.krai..
dengan satu tujuan...
satu impian...
satu harapan...


Operasi menambak sungai...
adala sungai kat tepi kebun getah tu...
air nye ek eleh...
takat buku lali jer...
jadi menjadi tanggungjawab kami utk mendalam kannye...
s0..
dengan bantuan engineer2 yg agak b0leh tahan bijaknye...
kami berjaya...

Nik Asmawi(dari Cina)
Nik Kheri(dari Ind0n)
Nik Fathi(of course la made in Malaysia maa)
dan dibantu oleh ketua engineer...
Tuan Haji Nik Abdullah...
ekekekeke~

oh yer...
sekarang ni kami ketiadaan parents...
diaorg baru je bertolak ke Turki...
lawatan sambil belajar katenye...

Dan...
tahniah Dato' Seri Nizar..
Minggu lepas ku bertemu dan bergambar dengan beliau..
hari ni(11.5.2009)...
beliau di istiharkan as MB Perak yg sah..
Takbir!!!

ooohhh...
satu lagi.....
mlm tadi aku masuk tournement boling..
dpt la no 8 keseluruhan...
hahahaha..
peserta 18 org jer p0n...

Wednesday, May 6, 2009

Tak Lama Dah

hurmm...
Tinggal beberapa hari je lagi,
sebelum aku kembali menerjah

Bandar Baru Bangi..
Kampung ke-2 aku..
hehehe..
Cepat lak rasenya mase berlalu..
huhuhu..

mandi laut baru 2 3 kali jer...

Sepanjang cuti ni mcm2 benda aku buat..

dari sekecik2 perkara..

sampai ke sebesar2 perkara..
perkara kecik..
buang air kecik..??
perkara besar..
buang air besar...??
huahahaha~
bukan2...

aku dah make up m0tor aku..

lawa kot...
dah beberapa kali pegi cucuh puteri..
mcm2 lagi la...

haaa...

yg bestnya...
aku sempat juge bergambar ngan Dato' Seri Nizar...
walau p0n x secara formal..
paling k0man ade gak gambar ngan die...
ngan kete die p0n aku begamb0r jugak...
hehehe~
x caya...
tgk la kat bawah tu..








~first class serve~
















Sunday, April 26, 2009

Kalah Bermaruah

=Dengan Nama Allah=

Ya,kalah bermaruah.Itulah perkataan yg sesuai tuk pasukan
The Red Warrior...

Walaupun tewas kepada pasukan Selangor(penalti je p0n),
team Kelantan telah menunjukkan semangat juang yg tinggi
dan mengusai hampir keseluruhan game...

Yang dipertikaikan ialah keputusan pengadil perlawanan mlm tadi,
nampak sangat...
x fair...
konon pengadil 'world'...
tapi hampeh....

Ape p0n, negeri Pakatan Rakyat juge
yang menang...
ekekeke~

Tahniah juga utk Tan Sri Anuar Musa kerana berjaya mengubah
lanskap bola sepak Kelantan.

Syabas & Tahniah utk semua!

Saturday, April 18, 2009

Gomo Kelate Gomo

---yehaaaaaaaaaa---
Akhirnya Kelantan mencipta sejarah buat julung2 kali
kerana layak ke perlawanan akhir Piala FA...

Ternyata tragedi memalukan beberapa hari lalu tidak mematahkan semangat
pemain2 The Red Warriors...
Kelantan layak setelah menewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 2-2....

TAHNIAH & SYABAS

gomo kelate gomo biar sapa ke cawat kote..
gomo kelate gomo biar habih habise...

Tuesday, April 14, 2009

Dunia Oh Dunia!!

Salam...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Dah lama sebenarnya aku tak 'mengepos' kat sini...
tapi sebab kemarahan aku kat s0rang makhluk Tuhan ni sudah sampai kemuncaknya...
maka aku kembali...

Harta Dunia..
Inilah yang sering dikejar 0leh manusia pada hari ini...
hingga sanggup mengenepikan hati dan perasaan 0rg lain...
ada adik sanggup menengkingdan memarahi kakaknya...
dan macam2 karenah lagi...
Dunia 0h Dunia!!

Aku heran...
mengapa manusia menjadi lupa diri dan asal usul mereka...
bila bab harta dunia ni...
terus lupakan Tuhan...
em0si mengusai diri...
Dunia 0h Dunia!!

Serik doh weii..
serik d0h weii kawe jadi sedar0 demo...
sakitny0 weii..
sakitny0 wei kalu begini s0kmo...
kawe pikir..
kawe pikir jat0h ke nayo...
kawe tok sir..
kawe t0k sir buat selamo-lamo...


p/s:kalau ade sape2 x puas hati..come here..hahaha