Saturday, November 1, 2008

Ihtifal Pasti 2008

fuhhh...letih bangat hari ni...dari pagi sampai la ke petang aku menjadi incharge untuk program Ihtifal Pasti Al-Ahmadi bg tahun 2008..ihtifal ni diadakan pada tiap2 tahun..ia sebagai penutup kepada sesi persekolahan bg setiap tahun..ramai jugak la para ibu-bapa hadir melihat persembahan2 anak2 mereka..ada juga acara2 penyampaian hadiah kpd pelajar2 cemerlang..

pada sebelah petangnya pula diadakan upacara sukaneka bg kanak2 pasti..antaranya acara tarik tali,tiup belon dan dua tiga acara sukaneka yg lain...dan acara yg plg ditunggu ialah sukaneka untuk ibu bapa iaitu merebut kerusi dan baling telor...mmg happening bangat...

dan malam ni aku akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menimba ilmu..huhuhu...seperti biasa,kemana jua seorang diri..hehehe...sampai disini la dulu...wassalam.

Tuesday, October 7, 2008

Suasana Selepas Raya

Alhamdulillah...kita dah pun masuk hari ke-7 dalam bulan syawal..bulan dimana kita disunatkan berpuasa enam..suasana hari raya makin hilang meriahnya..ini kerana ramai yg dah mula kerja..para perantau dah kembali ke tempat asal masing2...para pelajar dah kembali ke tempat belajar masing2..jalan2 raya nampaknya kembali tenang..tak macam 2 3 hari lepas...kereta,lori,bas,motosikal "bergelewat" di jalanraya...nak pergi beli baju raya pun susah...masjid2,surau2 pun nampaknya dah berkurang para jemaahnya..kalau dalam bulan ramadhan...kita dapat lihat masjid2 penuh..tp lepas bulan puasa,yang tinggal hanyalah imam..bilal..tok siak dan 2 3 orang makmun yang agak2 dah tua...inilah fenomena selepas hari raya yang dapat kita saksikan dimana2 saja...sekian..saya melaporkan dari meja komputer...
@ipin02

Wednesday, October 1, 2008

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Lebaran..Minal Aidil Wal Faizin...Sempena hari raya yang mulia ini..saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua kaum kerabat..kawan2..cikgu-cikgi..lecturer2..x kira dimana jua anda berada..semoga denga kehadiran Syawal pada tahun ini mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita adik-beradik..pok sedaro anok sedaro..ipar duai..biras2 dan semua2 lah..tp janganlah hanya bila tiba hari raya baru nak bermaaf-maafan..mintak maaf ni hari2 la molek..hehehehe...Kepada shuhada..selamat beraya di bawah bayu..kepada khairi..selamat berada di kota london(padaha duk lundang jah)..Selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

Sunday, June 15, 2008

@Selamat Hari Bapa@

Thursday, June 5, 2008

Selamat Pengantin Baru.

Video lagu ni ditujukan kepada pak sedara gua, Pak Do yg baru kahwin..Moga berbahagia..hihihihi...

Tuesday, May 27, 2008

Etika Pemakaian.

Dua tiga hari ni hangat apabila Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan agar penilaian semula dibuat terhadap pakaian pelajar perempuan disekolah..sebab menurut mereka seragam sekolah budak2 perempuan tu warna putih dan jarang.

Dari ape yg gua perhatikan memang betul pun ape yg PKPIM tu cakap..ada kebenarannya..dan itulah (baju jarang) diantara sebab2 berlakunya kes rogol dan sebagainya,kerana nafsu tak mengenal siapa.Kadang2 tu cikgu2 pun tergugat imannya.

Kalau tak silap gua,cadangan ini dibuat untuk pelajar perempuan Islam sahaja.Isu ini dikeluarkan bukan kerana mahu menyalahkan pelajar itu,tetapi ia merupakan salah satu cara pencegahan (sad zarai'ik) dalam Islam supaya pelajar2 perempuan tak terdedah kepada ancaman2 luar akibat dari pakaian yg jarang.

Islam juga menuntut supaya perempuan menuntut aurat dengan sempurna..tak kira anda pelajar sekolah ataupun apa saja pekerjaan anda.

Gua rase Kementerian Pelajaran dan pihak kerajaan patut pertimbangkan dan menilai cadangan yg dibuat oleh PKPIM ni kerana ia penting untuk semua dan untuk status Negara Islam.

"BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT"

Friday, May 16, 2008

Guru Oh Guru

Sempena Hari Guru (16 Mei) saya sertakan sajak 'Guru Oh Guru' oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Dr Usman Awang dan 'Seorang Tuan Guru' oleh Pakman (Mohamed Pakri Osman). Kepada semua guru saya ucapkan Selamat Hari Guru, terima kasih Cikgu, semoga Allah merahmati anda sekalian.

Guru Oh Guru
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Seorang Tuan Guru
Tenang, berbudi serta menyejukkan
mesra, ramah, tuturnya menyakinkan
berhemah tinggi, serta berilmu
gigih berbakti, ia tidak mengenal jemu
baginya, setiap insan harus dihormati
warak perwatakannya, dia sangat disegani
Kecil dirinya, namun semangat menggunung
Banjaran Titiwangsa, tidak mungkin menghalangnya
anak jati Kelantan ini, bukan sebarangan
impiannya...,manusia di dunia, wajib mengamal Islam
pasti bumi Allah ini, jadi aman, damai dan tenteram...!
Hidupnya sangat sederhana
meskipun berketurunan Raja
Jiwanya terlalu prihatin
Keutamaannya, rakyat fakir dan miskin
menghulur bantuan tak mengira bangsa
ahli PAS, ahli Umno, Cina atau Siam tidak dibeza
setiap lawan akan jadi kenalan
Kenalan dipererat sebagai rakan
dirinya umpama lilin, menyinari minda yang gelita
sanubarinya sentiasa ingin mentarbiyah walau di mana
hasratnya, setiap insan faham agama, agar tiada sengketa
di setiap kuliahnya, amanat diakhiri, agar 'menjaga masa'
Di pentas politik, Tuan Guru diperakui berilmiah, hebat
semua pemimpin Umno, kecut perut, takut untuk berdebat
setiap hujahnya, berdasarkan fakta serta ikhlas
bicaranya agak perlahan, tetapi amat bernas
andai hujahnya dibidas, tidak teringin dia membalas
apabila ditanya jawapan diberinya amat bijaksana
sebilang masa, wajahnya jernih, meskipun bersahaja
Semasa berkuliah, al-Quran dijadikan amanah
apabila memberi nasihat, Tuan Guru tiada muslihat
bicaranya selalu diputar belit sengaja disalah tafsir
terutama, segelintir golongan sekular lagi jahil
senyumnya ikhlas, dan sentiasa terukir
setiap janjinya, belum pernah dia mungkir
masyarakat Malaysia, amat kasih padanya
telus, luhur dan ikhsan, asas peribadinya
kami yakin, kami percaya, dunia memang lagi percaya
Tuan Guru inilah, insan mulia...!
(Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)
Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim dari 1990 hingga kini...

Thursday, May 15, 2008

Alhamdulillah..fuh..akhirnya setelah 4 hari gua dilanda demam,akhirnya gua sehat kembali..hari selasa ari tu gua pg hospital,doktor ambik darah,doktor ckp gua terselamat dari demam denggi...

Dalam minggu ni byk bnda terjadi kat negara kite..dari sekecil2 hal ke sebesar2 hal..antaranya kes rasuah lam bola sepak..kat paper hari kate pasukan sebelah utara lak disiasat.Tapi tu baru siasatan jer,belum terbukti lagi.Harap2 mereka semua tak terlibat.

Yang paling menarik perhatian gua ialah bencana alam yg berlaku kat Myanmar dan China.Belum pun reda krisis kurang bekalan makanan,seluruh dunia terus cemas sebab satu demi satu bencana meletus sehingga mengorbankan ratusan ribu nyawa.

Mungkin inilah amaran dari Tuhan kepada kita semua.Ini mengingatkan kita bahawasanya bumi ini mempunyai pemilik yakni Allah Taala.Kadang2 gua terpikir gak camana kalau benda ni berlaku kat negara kita yang x besar mana ni.Kat mana kita nak berlindung?

Jadi persiapkan la diri kita dengan bekalan yang mampu menjamin kehidupan kita diakhirat kelak..wah..ceramah lak..huhu...:)

Saturday, May 10, 2008

.........................!!

Salam..fuh..agak lama jugak la gua x posting kat blog gua ni..bukan malas,cuma gua sibuk sebab byk keje nak kena buat.

Skarang ni gua dah ade kat kampung ke 2 gua,kat bandar baru bangi.Hari khamis gua sampai.Gua ingt sampai je kat bangi leh la gua posting,tapi x dapat sebab sampai je kat rumah sewa gua dilanda demam.Ni pun gua gagahkan diri jugak untuk menulis..ahah.

Gua start demam hari jumaat,disebabkan gua malas nak g klinik,so gua telan panadol je 2 biji.Sampai la ni gua ngah demam lagi ha.Dicampur lak dgn selesema,mmg x selesa..sok sek sok sek bunyi hidung gua..ahah.

Saturday, May 3, 2008

Pesta Buku Kelantan 2008

Semalam gua sempat jugak le menerjahkan diri gua ke Pesta Buku Kelantan 2008 kat Dewan Jubli Perak,Padang Perdana.Perggh..macam2 jenis buku ade..tapi kebanyakannya buku pelajaran dan buku latihan..novel2 pun ade jugak tp x banyak.

Gua try gak usha2 buku yg sesuai untuk gua..tapi x der yg berkenan dihati..(sebenarnya gua bukan suka sgt bace2 ni)..ahah.Tapi gua rase pesta2 buku macam ni mmg bagus untuk semua la.Bukan untuk budak2 sekolah jer,malah untuk org2 dewasa yg dah keja pun.

Cuma yg gua rase x best,bila gua try usha2 buku utk level budak2 IPT,ternyata tiada.Kalau ade mungkin jugak la gua beli..ahah.Gua ade satu citer nak story,ade la sorang hamba Allah tu,gua kenal la,dgr cerita die habis beribu sebab beli buku kat pesta buku tu.Gua kagum betul la.Tapi gua tak tahu la pulak buku ape dia beli..ahah.

Dari ape yang gua tengok semalam,tak ramai sangat yang pergi pesta buku tu.Tak macam pesta2 yang lain,ramai yang pergi,lagi2 kalau pesta2 yang berunsur hiburan..Hmmm.

Sama2 la kita fikir-fikirkan..ahah.

Tuesday, April 29, 2008

Chelsea dan Israel.

Skarang ni kat negara kita duk kalut pasal pasukan liga perdana inggeris,Chelsea nak datang kat negara kita ni.Gua rase itu satu perkembangan yg bagus la untuk pemain2 kita menimba ilmu.

tapi yg menjadi masalah sekarang ialah dalam ramai2 skuad Chelsea tu ada 2 orang makhluk yg berasal dari negara zionis,Israel.Makhluk2 tu ialah pengurus pasukan Chelsea,avram grant dan pemain pertahanan,tal ben haim.Susah benor nak nyebut name nyer.Dasar Israel.Tak habis2 menyusahkan.ahah.

Ape yg gua tahu Malaysia x der sebarang hubungan diplomatik pun dengan Israel ni.Tapi mengapa beria sangat nak terima kehadiran mereka tu.Mungkinkah ada udang disebalik mi wantan.ahah.

Gua rase la,perbuatan menerima kehadiran mereka tu boleh mencemarkan maruah agama Islam.Sebabnya sebelum ni bukan main lagi kita mengutuk segala macam karenah Israel kat Palestin dan negara2 Islam yg lain.Alih2 kita lak nak terima depa tu datang negara kita.Apa macam bro?

Kalau betul depa datang dgn niat ikhlas nak main bola,ape salahnye kalau x yah bawak 2 makhluk tu.Tak der effect pun kat pasukan diaorang.Sekarang ni Chelsea duk tangga ke2 dalam liga,bawah manchester united(bukan pasukan gua).ahah.

Gua bukan x suke Chelsea datang Malaysia,tapi gua x suka 2 makhluk dari Israel datang keMalaysia.Korang camner?

Sunday, April 27, 2008

mengapa gua memblog?

gua memblog untuk mendapat perhatian daripada korang semua..ahah.gua bukannye pandai sangat bab tulis menulis ni,karangan gua fail mase dulu2.

gua juga memblog untuk meluahkan pandangan peribadi gua tentang apa saja yg berlaku kat diri gua dan terhadap isu2 semasaLah.

gua juga boleh berkongsi pendapat dan idea dengan korang semua.Bolehkan?

ahah..posting pertama gua..

fuh..berpeluh jugak la gua nak wat benda alah ni..gerek seehh…tapi gua berjaya buktikan pada dunia…gua juga ada blok…(perasaan la pulak)…agak2 nyer la…ape patut gua tulis kat blog gua ni..?any idea?