Friday, May 16, 2008

Guru Oh Guru

Sempena Hari Guru (16 Mei) saya sertakan sajak 'Guru Oh Guru' oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Dr Usman Awang dan 'Seorang Tuan Guru' oleh Pakman (Mohamed Pakri Osman). Kepada semua guru saya ucapkan Selamat Hari Guru, terima kasih Cikgu, semoga Allah merahmati anda sekalian.

Guru Oh Guru
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Seorang Tuan Guru
Tenang, berbudi serta menyejukkan
mesra, ramah, tuturnya menyakinkan
berhemah tinggi, serta berilmu
gigih berbakti, ia tidak mengenal jemu
baginya, setiap insan harus dihormati
warak perwatakannya, dia sangat disegani
Kecil dirinya, namun semangat menggunung
Banjaran Titiwangsa, tidak mungkin menghalangnya
anak jati Kelantan ini, bukan sebarangan
impiannya...,manusia di dunia, wajib mengamal Islam
pasti bumi Allah ini, jadi aman, damai dan tenteram...!
Hidupnya sangat sederhana
meskipun berketurunan Raja
Jiwanya terlalu prihatin
Keutamaannya, rakyat fakir dan miskin
menghulur bantuan tak mengira bangsa
ahli PAS, ahli Umno, Cina atau Siam tidak dibeza
setiap lawan akan jadi kenalan
Kenalan dipererat sebagai rakan
dirinya umpama lilin, menyinari minda yang gelita
sanubarinya sentiasa ingin mentarbiyah walau di mana
hasratnya, setiap insan faham agama, agar tiada sengketa
di setiap kuliahnya, amanat diakhiri, agar 'menjaga masa'
Di pentas politik, Tuan Guru diperakui berilmiah, hebat
semua pemimpin Umno, kecut perut, takut untuk berdebat
setiap hujahnya, berdasarkan fakta serta ikhlas
bicaranya agak perlahan, tetapi amat bernas
andai hujahnya dibidas, tidak teringin dia membalas
apabila ditanya jawapan diberinya amat bijaksana
sebilang masa, wajahnya jernih, meskipun bersahaja
Semasa berkuliah, al-Quran dijadikan amanah
apabila memberi nasihat, Tuan Guru tiada muslihat
bicaranya selalu diputar belit sengaja disalah tafsir
terutama, segelintir golongan sekular lagi jahil
senyumnya ikhlas, dan sentiasa terukir
setiap janjinya, belum pernah dia mungkir
masyarakat Malaysia, amat kasih padanya
telus, luhur dan ikhsan, asas peribadinya
kami yakin, kami percaya, dunia memang lagi percaya
Tuan Guru inilah, insan mulia...!
(Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)
Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim dari 1990 hingga kini...

2 comments:

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...

Oleh kerana tahu begitu rupa, kenalah balas segala jasa cikgu dengan belajar bersungguh.

Nak tengok petikan penuh guru oh guru sila layari al-khazaain.

Anonymous said...

molek o dio...kawe pom cikgu ugap...sila la ucap ko kawe ugak...kata kak niey...Ada wakil jah...tapi klu nak oyak ko Ada pom buleh gak...klu nak wie adiah...lagi dialu-aluan,...sila la...jgn malu2...